Sunday, February 24, 2008

Hari Penamaan Calon 2008

'live dari lokasi

Pengumuman pengesahan pencalonan oleh Pengurus Suruhanjaya

Penyokong parti Barisan Nasional. Kelihatan isteri kepada YB
Dato Seri Zulhasnan Rafique..Datin Seri Siti Nooriah Ana Abd Razak

Penyokong Parti Keadilan Rakyat..

Tugas saya pada kali ini buat "live "report lagi. Kali ini untuk penamaan calon yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 24hb.Feb.2008. Wow..ramainya orang. Nak masuk kawasan punyalah susah. Saya pulak tiada pass media.. nasib baik polis bertugas tu dengar KLFm. Dapatlah laluan mudah untuk menyudahkan tugas. Terima kasih banyak-banyak. Terharunya disini walaupun mereka dari berlainan parti tetapi menghormati itu menjadi keutamaan. Live report penamaan calon ini dan suasananya amat berbeza . Ada sikit tension la.. Bukannya apa takut tersilap lapor . Apapun memang mencabar. Bagi P118 Setiawangsa ini menyaksikan pertandingan Dato Seri Zulhasnan Rafique (Barisan Nasional) dan En Ibrahim Yaakub ( Parti Keadilan Rakyat). Selamat mengundi pada 8hb March 2008.

Senam Seni Malaysia Di Dataran Merdeka


Dj Corner KLfm di Dataran Merdeka

Senam Seni Malaysia ini. Semuanya nak galakan orang Malaysia supaya rajin membuat gerakan badan..Di Dataran Merdeka pada hari Ahad , 17hb.Feb.2008 lebih 15 ribu orang menjayakan. Macam biasa KLfm ada Dj corner dan memberikan hadiah-hadiah kepada pengunjung yang singgah menjawab soalan kuiz. Saya 7.30 pagi dah sampai sini dengan tugas membuat live report. Suasananya cukup meriah dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam sukan masing-masing.

Satu Hari DiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Miss Teng, Dj Mimi dan Kak Anoy antara geng yaang mengikuti taklimat
pilihanraya.

Sekarang ini sibuk dengan musim pilihanraya. Macam-macam taklimat ada. Di PICC pada 19/02/2008 menghimpunkan lebih 3,000 orang untuk mendengar taklimat pilihanraya. Taklimat berlangsung dari 9.00 pagi hingga 6.00 ptg. Seronok jugak untuk mengetahui perkara yang kita tidk tahu mengenai pilihanraya.. Sempat jugaklah clik kamera setakat yang boleh di jangkau...gambar-gambar ini berhampiran PICC. Putrajaya memang hebat....cuma kantin /cafe PICC, makanannya alahai........




Sunday, February 3, 2008

Hari Wilayah Persekutuan 2008

Temubual dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan
Dato Sri Zulhasnan Rafique


Temubual bersama Dato Bandar Kuala Lumpur
YB Dato Abdul Hakim Borhan

Huh..penat dan letih. Itulah yang dapat dikatakan sepanjang dua hari KLfm bersiaran di Taman Tasik Titiwangsa. Balik rumah..telan penadol..Zzzzzzzzzzzzzzz


Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung. Dj Zullas3 bertugas selepas saya di konti sementara. Sorang lagi nih abang teknikal dari unit siaran luar..


DJ MK dan DJ Kzie dengan ular sawa. Bukan plastik tau..tak takut ke MK ??

Lihatlah iguana ni..besar dan manja dengan tuannya. Nampak macam dukung budak ...heh..heh

Semasa menyertai Bintang Kecil dulu umur adik ni 9 tahun. Tapi sekarang dah 14 tahun..panggil dia Wani atau along jer . dah besar dan cantik.

Antara pendengar klfm yang setia. Dua-hari berturut-turut..sekeluarga datang hanya nak berjumpa dengan Dj-dj KLfm. Sempatlah posing...

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan pendengar-pendengar dan sahabat-sahabat Klfmyang datang ramai-ramai ke Taman Tasik Titiwangsa Sempena Sambutan Hari Wilayah 2008 dengan temanya Wilayah Persekutuanku Gemilang..Sayangi Kuala Lumpur.