Sunday, June 15, 2008

Cukup Sampai Disini.....

hai..


30hb May.2008 adalah hari terakhir saya bertugas di KLfm. Sesuailah dengan segmennya iaitu Kenangan lalu Kuala Lumpur. Salah satu segmen kegemaran saya. Memang lagu-lagu yang saya pilih pada petang itu adalah khusus untuk semua pendengar setia . Sampaikan ada yang menghubungi minta saya rakamkan semua lagu-lagu tersebut. Ada kelainannya bertugas pada hari itu. Walaupun pada mulanya saya ok dapat menahan gelora didada...tetapi getaran nada dapat dirasa ada sebak yang melanda. mana tidaknya. 11 tahun di Klfm banyak pengalaman yang telah saya perlolehi, suka duka yang telah saya alami. Pendengar-pendengar dan sahabat ada yang telah saya jumpa dan ada yang hanya diketahui menerusi nama dan suara sahaja. Itu sebenarnya tidak penting kerana yang pastinya KLfm telah membuatkan saya rasa dekat dengan semua. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat2 dan pendengar2 Klfm yang menerima saya seadanya, saya memohon maaf atas segala ketelanjuran bicara dan mungkin atas silap salah saya sewaktu bersama-sama. Untuk kawan-kawan di Klfm..semestinya saya akan 'rindu' kemesraan semua. Insyaallah mungkin pada satu hari nanti kita akan bersua meskipun dalam suasana yang berbeza...

Thursday, June 5, 2008

Jumpa dan makan lagi....

Bangla mari deii..BS, BN, BC & FDM. ni group mengade-ngde.

wah..comeinya darling BlackCanary

sempat posing ..

tu dia .bapa mithali..

krabat bangla ..selera nampak . salad jer ke?
Selamat Hari Ibu Sedunia

Selagi boleh makan lagi...jumpa dengan sahabat-sahabat yang ini macam majlis Hari Keluarga lah pulak. Apa tidaknya...meriah dengan telatah anak-anak.. Nampak lembut dan sabar ajer Semekin dan Lelamajnun layan kerenah anak-anak Tak kurang Daniel, Darleena dan baby Darling. Dr Mas pulak asyik layan Darling yang melekap je. Nasib baik baby tak banyak ragam. Apapun Blackcanary yang terserlah 'kebapaan'nya memang sesuai lah jaga baby tuh . Dia pandai layan. Faezah dan Flying Dutchman jugak yang nampak relaks sebab Derleena dah besar. jadi buat tak tahu ajer lah FDM yang asyik bersembang dengan Blacksnow yang datang bagaikan bujang senang (tak de kena mengena dgn species Sarawak tu) Almaklum dah tak ada anak kecik. . Apapun terima kasihlah untuk pertemuan dan belanja.

Aduhai sahabat-sahabat

Suraya yg senyum sokmo

Puteribatrisa dan Nurani

Oshin dan Rina

ooops..nilah sahabat yg namanya Pemancingpro

alahai Putibatrisa.. Dapat juga kita bertemu dan bersembang lagi. Kelakar...
Indah akan jadi kenangan.

kalau macam ni.nak selalu pindahlah. makan dan dapat hadiah
hik..hik..hik


Bawal pendiam dan semakin hensem manakala Jalalcompunk
peramah aan mesra terima kasih baca doa


nilah antara hero2 yg datang

Chewahh..pilihlah akuuuu


Mengenali dia orang kerana mereka antara sahabat-sahabat klfm. Kalau berjumpa pun mungkin pada majlis-majlis Klfm. Kak Jam peramah dan mesra. Putibatrisa lemah lembut, tak banyak cerita dan cantik orangnya. Suraya orangnya manis , agak pendiam..dan mudah senyum, Sridewimalam tambah ayu dengan imej baru ,mesra dan agak sentimental, Oshin jarang sangat jumpa tetapi nama ni agak popular dikalangan sahabat2 lama yang belajar bahasa, Rina pun sama macam dah jarang-jarang muncul, tak sihat malam tu tetapi datang jugak, Nurani pun dah lama sepi, manis dan agak pendiam. Ituah sahabat2. Rasa semacam dekat tetapi jauh. Rasa semacam jauh tetapi dekat..

Egyption Potion

inilah lienarock dan ninot.
.

antara pemenang kuiz egyption potion

sahabat2 yang datang ambil hadiah- harus wangi semua selepas nih


wahwahwah...boleh upah jadi bodyguard


Dalam sibuk buat persiapan dan layan undangan majis makan -makan, pada 31hb May 2008 sempat lagi perg ke pejabat Mingguan Warta Perdana untuk penyampaian hadiah kuiz Egyption Potion. Bak kata Zaini, "tolonglah Kak Posh untuk last sebelum pergi". Mengenangkan kawan dan dah kenal dengan En Zul , En Wahab dan Rozi, saya pergi jugak walau pun tersesat-sesat. Alhamdulillah sampai juga dan dapatlah berjumpa dengan sahabat2 KLfm. Ada yang dah kenal dan ada yang tak pernah jumpa lagi. Nah terimalah hadiah2 yang berupa wangian Egyption Potion yng diasaskan leh Puan Sahura dan Joe.

Monday, June 2, 2008

Makan Lagi....

skodeng punya skodeng..kan dah kantoi


zulizanblues yang pemurah.terim kasih

Inilah kanak2 riang.. Serigala dan Roskalas

patutlah.memang perkasa


simanis..Aweksgbuloh dan siayu..Ratuduyung

aduz kawan2...caayaanggg



nasib baik ada bodyguard

Aduhai..rasa dah jadi mcm Ahli Parlimen. banyaknya jemputan. Diet pun dah tak terkawal.Tetapi inilah masanya untuk bertemu mereka yang pernah saya kenal. Mengenali Zulizanblues memang tak susah. Sekali pandang nampak dia macam sombong dan berlagak orangnya. Tetapi bila dah kenal rupanya kuat ketawa, ramah, pemurah dan sentimental jugak.. yang seorang tu nama aje serigala, tetapi lembut dan baik orangnya, Brother BUll ni sesakali aje dimuncul. Agak pendiam mungkin pemalu tetapi lama-lama boleh kawan jugaklah, Badang Perkasa..dia ni aktif juga. Selalu jumpa dalam majlis KLfm. tak lain tak bukan ambil gambar. Ratu Duyung aktif di Kg MMS. Nampak pemalu dan pendiam tetapi kuat ketawa. AwekSgBuloh ini kali kedua saya berjumpa dia. Kecil molek..comel orangnya..jaga diri baik-baik dik. HanSolo..ayoyo ini orang memang peramah,sentiasa ceria dan very helpfull. Roskalas isteri kepada Abahir pun jarang berhubung tetapi bila berjumpa boleh mesra dan yng seorang nih dia panggil Kaklong kalau tak silap saya, kakak kepada ilaip..baru jumpa. Khabarnya malam tu jadi driver kepada Roskalas...heh..hehh