Monday, March 24, 2008

Gotong Royong Bermula - 22hb.March 2008

Hasilnya.... asalnya dari dinding yg kusam dan tiada apa-apa
Mural berbeza dilukis dalam bilik yang sama.. Cayalah Rairol

Acah aje tu. tolong sikit2 jer


Wah...Hasif dan Sayuti. Lukisan yang hampir siap

Tahniah..hasil yang menceriakan


Dengan menaiki bas, kami sampai di PDK Rumah Sayangku di Kuala langat yang menempatkan lebih kurang 50 insan istimewa. Saya ditugaskan membersih dan menukar wajah bilik kognitif iaitu bilik dimana insan-insan istimewa ini menjalani latihan fisioterapi. Bilik ini pada awal memang agak suram, serabut dan tidak bermaya. Dengan bantuan pelajar-pelajar ART & DESIGN UiTM bilik ini telah dicat dengan warna-warna ceria dan dilukis dengan hasil idea mereka yang kreatif lalu menghasikan suasana yang ceria. Adik-adik ni memang kreatif dan kelakar. Seronok bekerjasama dengan mereka, dari pagi sampai petang tak terasa masa berlalu. Terima kasih Munir, Rairol, Hasif, Sayuti dan Anuar. Kalau ada yang nak lukis dinding (mural) khusus untuk bilik anak-anak atau dinding rumh bolehlah calling-calling kat dia orang nih.

Friday, March 21, 2008

Jom Bergambar 2008

huh..Cikgu Shukri tengah control ensem

manis senyummu ..yg pakai baju berjalur mungkin bujang kot ??

jangan dekat, telah ada sempadan

hoi zura..jerit apa tu ??
Aduhai kawan-kawan apa citer...kerja tak siap lagi, ., posing yang lebih. Apapun inilah geng yang
selalu buat hiruk pikuk. memang terhibur dengan telatah dia orang. Tetapi ada harinya kadang-kadang terbakar jugak. Almaklumlah.. bila 'tension' bercampur dengan 'beban' memang boleh meletup dibuatnya. Yang tinggi lampai berbaju kuning dan kot hitam. Handsome gak tu..ibarat adik manja...selalu mencurah perasaan. Dikalangan kawan-kawan nih ada yang masih bujang. Cuba teka yang mana satu ?? Kemesraan ini takkan dirasa lagi bila sudah tidak berjumpa nanti...

Thursday, March 20, 2008

Program Pembangunan Modal Insan - Siri 1

Inilah barisan yang akan menjayakan Program Pembangunan Modal Insan bersama OKU di Teluk Panglima Garang pada 29hb. March.2008. Memang susah pada mulanya nak buat sesuatu dengaan ZERO BUDGET. Nak pungut dermalah cabaran yang paling menggetarkan. Tetapi demimu wahai warga istimewa (orang kurang upaya) kami gagahkan juga. Alhamdulillah..dengan pembahagian tugas-tugas yang dapat dilaksanakan oleh kawan-kawan ni, tak sabar pulak menantikan tarikh tersebut nak tengok hasilnya. Kepada kawan-kawan yang telah tolong tingkatkan hasil kutipan sehingga melebihi jangkaan terima kasih banyak-banyak...budimu jadi kenangan. Sekalung penghargaan kepada :- Dr.Abd Muin bin Ishak, Mr Ho, Hj Sallehudin Hj Ramlan, Mustafa Kamal Abd Razak, Azlan Ahmad, Nassier Wahab, Eddie Hamid, , Nozi Othman, Manaf Ibrahim, Azizah Sulaiman, Nazirah, Norhabibullah Abu Bakar, Nine Umbrella, Herman, Azie, Hezri Selamat dan Dave. Tidak lupa juga kepada En.Ahmad dari Warisan Borong atas sumbangan untuk progam OKU ini. Kepada semua TERIMA KASIH DAUN KELADI...TIADA KATA SECANTIK BAHASA, NAK KU PUJI ADINDA (quote lagu P.Ramlee)