Thursday, January 31, 2008

Selamat Pengantin Baru Ning Baizura


Saya kenal Ning dah lama. Sejak dari album pertamanya "Dugaan Ku". Masa tu PR dia Sam namanya..orang Kalantan. Tak lah rapat sangat. Tapi kalau jumpa memang bertegur sapa..Ning memang peramah dan tidak sombong .Lagu Warna Hati, Awan Terpilu, Kau dan Aku adalah lagu-lagu NIng yang saya cukup suka. Suara dia unik...jarang-jarang ada artis kita yang bersuara ala-ala macam tu. Tup..tup..dengar berita NIng bertunang..dan akhirnya nak berkahwin. Dah selamatpun majlis akad nikahnya yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq dekat Bangsar. Alhamduliilah..selamat semuanya. Jemputan yang ala-ala perutusan sampai ke meja dj-dj KLfm. Cantik dan unik sekali. Sangat jarang artis jemput dj-dj ni..siapalah kita kan ??..terima kasih banyak-banyak buat Ning dan keluarga.

DJ Krool pulak


Bekerja kat RTM macam tulah. Lebih-lebih lagi dalam bidang penyiaran, maklumlah ada 32 stesen dengan satu suara. Dah ramai Dj-dj yang bertukar antaranya ialah Noraini Ibnu, Rida, Ady. Shahizan Jelas dan ramai lagi. bukan dj je bertukar. Bosnya pun sama. Dulu Tengku Idris..sebelum tu En.Mustafa Kamal. Saya sendiri pun sebelum di tempatkan di KLfm dah bertukar di beberapa stesen termasuk juga dekat TV. Untung sebenarnya jika banyak kali bertukar ni. Kita menimba banyak pengalaman. Begitu juga Dj Kroll kita nih. Rasanya baru setahun lebih bertukar dari Perakfm ke KLfm. Dah kena tukar lagi. Kali ni ke Muzikfm pulak. Tengah laku..kira okeylah tu..heh..heh Suara macho dia lepas ni dapat didengar di seluruh Malaysia. Glamor tu..KLfm hilang kawan lagi..dia ni berbudi bahasa orangnya, sopan, manja, pendiam tak pendiam, ramah pun tak ramah.. cuma sikit-sikit baran tu adalah..orang muda katakan dan sentimental. Betullah macam yang didengar dalam jingle KLFM.. "HATI KAU MEMANG KERAS ROY..TAPI....." Selamat berhijrah ke tempat baru dan selamat maju jaya buat DJ Khairul Hanif. Ooops..Kahwin nanti jangan lupa jemput..heh..heh..

Sunday, January 27, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan

div>

Harga barang naik lagi.. Ramai yang mengeluh. Paling terjejas semesti peniaga-peniaga. tapi secara tidak langsungnya pengguna pun terlibat sama... Menyusuri Jalan Ampang pada hari Sabtu lepas..alamak banyak jalan yang ditutup. Apa hal ni ? Rupa-rupanya akan ada perhimpunan lagi di sekitar KLCC. Kenapalah tak habis-habis nih ?? Singgahlah kejap jalan-jalan cari makan. Tempat ni makanannya boleh tahan.harga pun boleh tahan. Makan dua orang dah berpuluh-puluh RM belanjanya. Bayangkan sekeluarga yang ramai ahlinya..atau yang datang dengan ramai geng.. tapi trend mkan luar macam 'tak ade hal punya' Penuh dalam nih.. Syukur alhamdulillah. Apakata kita lancarkan Kempen Masak Sendri dan makan je kat rumah. sardin goreng pun sodapp. Nak resepi ?? Nik Aida pakar pasal masak sardin nih..tak gitu Nick ??

Friday, January 11, 2008

Goodbye Ezan...U Will be Missed

Pengawal KLfm (Pn Fee) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan


Hari Sabtu..12/01/2008 walaupun cuti hari ini tapi saya ke pejabat. Ada kerja yang nak diselesaikan . Hari ni Izan pun datang jugak bersama dengan suami. . tengoklah dia mengangkut barang-barang. Kesian pulak . Inai pun masih basah dijari...dah nak berjauhan. Nasib baik dah ada suami, ada jugak orang nak tolong. Kiranya hari ini terakhirlah saya jumpa dia. Sedihlah jugak..Pada hari Isnin dia akan berhijrah ketempat lain memulakan kehidupan baru. Izan ni yang saya kenal..mudah ikut kata, lembut , santun dan pandai menghormati orang. Saya dengan dia kira serasi berkawan..kami selalu buat lawak bodoh kemudian gelak bersama. Pasti saya akan merindui kemesraan ini. Tak apalah. Untuk mendapat yang lebih baik..kita kena berkorban walaupun terpaksa berpisah dengan orang tersayang . Jangan lupakan KLfm sudahlah. Biarlah jauh dimata tapi dekat dihati. Didiklah anak bangsa supaya menjadi insan berguna. Kalau tak ada Cikgu takkan ada Dj kan !!! Selamat maju jaya Cikgu Ezan.

Tahun Baru 2008 dan Maal Hijrah 1429

Tahun datang dan pergi. Syukur alhamdulillah sepanjang tahun 2007 semua program berjalan lancar. Ralatnya kerana tidak berjaya merebut Anugerah Angkasapuri. Dari KLfm saya dan Dj Hezri dicalonkan tetapi kemenangan berpihak kepada Muzikfm. Tahniah Dj Hana. Permulaan tahun baru 2008..Pelancaran Skuad KLfm yang dipertanggung-jawabkan untuk memberi laporan trafik yang berkesan selain daripada menyelongkar info-info yang lain. Pelancarannya meriah juga berlangsung di Auditorium P.Ramlee pada 9hb Januari 2008 yang turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KLfm. Seingat saya tahun lalu semasa nak menyambut Maal Hijrah saya bertugas dikonti mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun oleh Ustaz Ahmad Husni. Tahun ni saya juga bertugas dalam keadaan yang sama..sungguh. cepat sangat masa berlalu. RTM juga mencatat sejarah yang tersendiri apabila Presiden Indonesia membuat kunjungan ke RTM pada 11hb.01.2008 sempena lawatan kerjanya selama tiga hari ke Malaysia. Beliau turut dihiburkan dengan Konsert Setiakawan yang membariskan penyanyi-penyanyi dari Malaysia dan Indonesia siaran langsung dari Auditorium Perdana. Walaupun hanya baru beberapa hari melangkah dalam tahun baru dah macam2 peristiwa. Terima kasih atas ucapan,ingatan dan sokongan daripada sahabat-sahabat dan pendengar -pendengar KLfm. Selamat Tahun baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429 kepada semua. Jadikan pengalaman lalu sebagai guru yang terbaik untuk belajar dari kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan.