Wednesday, May 28, 2008

'Farewell' KLfm

yerrKak Posh

Pn Fee..Pengawal KLfm

makan jangan tak makan

ada hajat nk jadi Ahli Parlimen. memang gamat dibuatnya. Tahniah Hezri kerna berjaya membuatkan
saya tak rasa sedih..selamatttt


aiscream dessert ni 'best ' lah

Turut diraikan ialah dj Nik Aida, Dj Julia dan Pakmat Tempe (belated birthday)
wahwahwah ..happynya, umur ke berapa ?? hishh..


Dalam ramai-ramai ni, Azizah Sulaiman jer yg baik..tiga yang lain semua nakal.
itulah Zullas3, Paparay, Dj MK

eleh Pakmat Tempe malu-malu, Tn HJ Manan ( yg baca doa) Amy (FMC)
tima kasih datang dan Mimie tengah sluurrpp


Barisan depan jer..yang hensem bercermin mata Tengku Idris Tengku Din, yg peramah Kapten Kassim Lee,
Kak Prema ygsemakin nampak muda, Pn Fee yang lemah-lembut (Pengawal Klfm) dan
Ketua Bhg Rancangan Hj Sallehuddin (control hensem)


senyum dik jangan tak senyum..eza dan zety adik praktikal dripad Uitm


Bila Klfm sendiri yang nak buat majlis, serasa semakin cepat berlalunya masa.. Hari Selasa, 27 hb. Mei 2008 Majlis Makan Tengahari bersama rakan-rakan KLfm. Turut datang ialah bekas dj KLfm Prema dan Kassim Lee . Tengku Idris yang pernah menjadi bos pun hadir juga... Terima kasih banyak-banyak kepada bos KLfm Pn. Fee, Ketua Bahagian Rancangan Tn Hj Sallehudin dan Azizah Sulaiman yang menganjurkan majlis..Special thanks to Mr Ho and Amy from FMC. Begitu juga kepada rakan-rakan dj yang lain. Hj Zullas3 dan Paparay walaupun terlambat, sampai jugak.. Cayaaaaaggg. Tak ketinggalan kepada Mr Ho dan Amy dari FMC music. Majlis riuh dengan kehadiran dia orang. Tetapi bila memikirkan ini 'office ' yang buat "farewell' dah ada rasa kelainannya dan rasa macam dah dekat nak berangkat. .Mujurlah Hezri jadi MC. Dengan telatah dia yang lucu dan gila-gila taklah terasa sangatt..dapatlah control perasaan. selamatttttt aku.
'

Monday, May 26, 2008

Menghitung Hari....





senyum...click

yang manje (Lovelylace) yang hensem(Megat) &
yang ayu (Jejakaayu)

Klfm menemukan saya dengan sahabat-sahabat ini. jarang bersua dan jarang berhubung tetapi rasa macam kenal dekat. Mereka hanya sesekali muncul bila ada aktiviti KLfm. itulah dia Lovelyalace dan Jejakaayu. . Lovelylace lembut orangnya, bercakap pun ala-ala manja gitu. Jejakaayu aktif di Kg MMS. Dia nampak lembut tetapi kuat semangat orangnya Tak mudah mengalah dan ramai jejaka suka menyakatnya. Yang seorang tu baru pertama kali jumpa suami kepada Lovelylace.Megat namanya. Peramah dn mesra. Kiranya mereka ni nampak serasi berkawan. Apapun terima kasih atas segala sokongan dan ingatan.


macam beauty & the beast lah pulak. hik.hik.hik

dj mimie dan dj kzie pun hadir
Ini memang betul-betul kejutan. tak sangka pulak dapat berjumpa dengan sijelita ini . Saat saya terima sms dan panggillan dari editor Mingguan Warta Perdana Zainizaa, "Kak Posh datang tau, kita nak buatlah majlis sikit-sikit" lebihkurang begitulah bunyinya. Malam itu sebenarnya Makan Malam Bersama Rozita Che Wan. Antara tetamunya ialah pengasas Egyption Potion Puan Saffar Noor, En Josafri Johari, dan warga Mingguan Warta Perdana. Mengenali Tuan Hj Zulkifli orang kuat Minggun Warta Perdana, En Abu Bakar dan En Azhar Pak Ngah memang best. Begitu juga Rozita yang sangat ramah dan tidak ada tanda-tanda dia berlagak orangnya. Memang semua mata terpana melihat keayuannya. Rata-ratanya tetamu macam tak nak balik dek kerana keramahan dan layanan tuan rumah. Terima kasih kepada Mingguan Warta Perdana atas penghargaan dan selalu bagi ruang untuk Klfm. Buat sahabat yang namanya Oshin terima kasih banyak-banyak...




dia orang ni jaga badan..semua suka salad

Kalaulah tidak kerana mereka ini pendengar atau sahabat klfm saya tidak peluang mengenali rakan-rakan ini...bila dah kenal barulah tahu hati budinya. Itulah saat yang saya lalui. Blacksnow..well memang baikbudinya, pemurah, pemalu dan low profile orangnya, dan hobi dia round the world, Faezah & Flying Dutchman ibarat adik manje..yang si Bhaiya lagilah lentok, mudah mesra dan saya suka dengar cerita dia, Ixoraroxi lebih tergelak dari bercerita, dia ni tokey kristal yang pemurah sama macam BS, mesra dan senang berkawan, Black Canary..ni budak nakal, pendiam tetapi sekali sekala berisi, kalau tak tahan dengan caranya boleh tercalar dibuatnya. Abang Yaakub dan Tito macam akak2 dan abang2. Very soft spoken. Kiranya kalau banyak masalah bolehlah ngadu..Kak Anoy ni kawan lama..kiranya everlsting fren, walaupun satu bumbung tetapi jarang berjumpa. bila jumpa macam-macamlah pot petnya. Daniel dan Darleena penyeri.. Kepada semua terima kasih atas segalanya, untuk penaja tiada kata secantik bahasa...dan pasti saya akan merindui kemesraan ini.


kesian Hanim..terluka lagi..


Cikgu Shukri, Hanim, Ima, Dhilla dan Yan


Hari ini, semalam dan akan datang tidak tahu apa yang akan dilalui..yang pastinya kita harus menghadapi dengan penuh redha. Menghitung hari adalah saat yang penuh dengan debaran.
Tidak kira samada hari yang bakal tiba ada cerita duka atau suka. Tapi kehadiran rakan-rakan ini amat dirasakan. Ada ketawa dan ada airmata yang tidak pasti samada luka atau suka..Kepada semua terima kasih banyak-banyak. Kemesraan akan terus jadi kenangan