Wednesday, November 28, 2007



Nama : Fauziah Zakaria
Nama Glamour : Kak Posh
Segmen : KLKL, Salam Interaktif, Nadi Kota KL
Tarikh Lahir : 14.07....
Tempat Lahir : Negeri Sembilan
Zodiak : Cancer
Hobi : Membaca apa saja yang berkaitan dengan biography
Makanan Kegemaran : semua boleh..
Minuman Kegemaran : apa saja asal tidak terlalu manis
Muzik Kegemaran : Lagu-Lagu Country Dan Sentimental Rock
Artis Kegemaran : Datuk Sharifah Aini & Celine Dion
Warna Kegemaran : Ungu, Merah Jambu , Oren Dan Hijau

Kehidupan : Simple dan Sempoi
Prinsip : Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan dan bersyukurlah dengan apa yang ada


Tuesday, November 27, 2007

Fotografi untuk majalah Mangga.


DjEzan, Nick, Pn Fee (Boss) Aziziah Sulaiman dan Julia. .. Amboiii..bergaya sakan



Gambar-gambar semasa sesi fotografi Hariraya bersama dj-dj KLfm.





Pertandingan Bintang Kecil 2007

Lahirnya seorang bintang
Tumpang bangga

Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Auditorium P.Ramlee Kuching, Sarawak pada 24 November 2007 menyaksikan kejayaan Adik Puteri Aszfaryna Khareeza Bt Aris sebagai Johan dengan mengalahkan 8 orang peserta lain. Umur nya baru 9 tahun tapi suaranya "hebat". Dia ni bersekolah di Sek.Keb.Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Memang adik ini berbakat dan ada pakej untuk jadi bintang. Saya suka dengan telatahnya..manja dan kuat ketawa...mudah2an bintangnya akan terus bersinar. RAKAMAN SIARAN INI DAPAT DITONTON PADA HARI AHAD ,16 DISEMBER 2007, PUKUL 3.05 MENERUSI RTM 1.


Sewaktu ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia siaran langsung dari Kuching, Sarawak.
oleh pengacara popular Hj Khalid.

Tuesday, November 6, 2007

Kenangan Lalu Kuala Lumpur

Dikonti KLfm

Kenangan Lalu Kuala Lumpur antara segmen yang saya paling suka mengendalikannya. Segmen ini juga antara yang "top" di KLfm. Selain dapat menghibur pendengar saya pun
tumpang "syok" mendengar lagu-lagunya. Susah nak dengar lagu-lagu lama ni. Tapi dengarlah
KLfm setiap petang dari 5.15 ptg hingga 8.00 mlm. Pasti anda akan jatuh cinta..saya paling suka lagu-lagu Sharifah Aini, Rafeah Buang, Ahmad Jais, Neil Sedaka, Celine Dion, Lynn Anderson dan ramai lagi..dan saya suka mencari lagu yang jarang-jarang diputar. Buat 'homework" sampai larut malam . Tu yang "best" cuma kadang-kadang "request" banyak.. tu yang malleh. Heh..heh.. Dengarkan saya setiap hari Rabu dan Jumaat dalam Kenangan Lalu Kuala Lumpur. Hari Ahad pun muncul juga tetapi jarang -jarang. Jangan heran hari-hari lain pun kadang-kadang ada. Tu pun..ganti kawan.....harap pendengar tidak bosan. Senyum sikitt..




Birthday

Antara sahabat-sahabat KLfm yang buat kejutan. Terima kasih banyak-banyak. Gambar ni memang "best". Ala-ala Cikgu Rokiah dan murid-muridnya. Biasalah jurugambar selalu tak ada dalam gambar. Mana Abahir dan Badang Perkasa ni ??
Sebenarnya ada lagi sahabat yang "organized" ... tapi tak bergambar lah pulak. Macam malu gitu. Jadi tak adalah gambarnya tetapi jangan risau, ..saya tahu siapa anda...yang bagi macam-macam cenderahati pun ramai. Sahabat Klfm memang hebat. Kat Kopitiam Shah Alam tu bagus gak..kat Nourfarah lagi meletup..Kalau macam ni..hari-hari birthday lah . Heh..heh..heh...Budimu dikenang.

Menjadi tradisi..apabila "birthday" akan diraikan oleh kawan-kawan dipejabat. Kelihatan Dj Julia, Dj Dave, Dj Nick Aida, Dj MK, Boss KLfm Puan Fee, Dj Azizah dan yang control hensem Dj Irwan. Sebenar ada ramai lagi kat ofis tu tetapi mereka yang lain tu fobia bergambar. Yang syoknya kek boleh pilih ikut suka. Abang Am tukang pergi beli.. terima kasih !!!