Sunday, December 30, 2007

Alahai Ezan

pada hari pernikahan

Dj Izan

Dj Remy (Paparay, Dj Azlan Omar (Pakmat Tempe), Dj Izan dan Dj Azizah

Hal sana. hal sini. Minggu lalu memang banyak sangat perkaranya. Benda yang dirancang awalpun tak dapat dipenuhi. paling ralat...majlis kahwin Ezan lah. Semasa majlis kahwin tu memang tak dapat datang...cuti-cuti Malaysialah pulak. Janji nak pegi majlis akad nikah dia kat Masjid Kuala Lumpur.. pun tak dapat jugak.. kena jadi MC kat tempat lain. Berjanji lagi dengan Ewan (kini suaminya.) nak datang rumah pengantin lelaki kat Sg Buloh...pun tak tertunai juga. Kali ni kena bertugas kat Karnival Gegar di Putrajaya. Majlis kahwin Mimie dan Julia yang jauh pun boleh saya sampai. Betullah..kalau dah tak ada rezeki..rancang macammana pun tak menjadi. Ralatnya kerana Ezan tu kan "doublebanking" dengan saya. Banyak cerita yang kami kongsi bersama.. seronok...kira anak didiklah tu . Pengalaman sewaktu dia "double banking" yang tak boleh lupa, hari pertama saya lepaskan dia bercakap diudara, habis aje dia bercakap terus boss besar talipon dengan nada gak serius jugak, "fauziah kenapa u benarkan dia on air, kenapa dia bercakap macam tu..tak boleh lagi tu..tak leh. Terpaku dan terkedu kejap. Lama jugak lah termenung lepas tu. heh..heh..sorry Zan. Bila dah pandai lawan tokey pulak. Selamat Pengantin Baru Dj Ezan.

Tuesday, December 25, 2007

Bersantai...

sikecillah yang paling seronok. kalau daniel , darnish atau darleena ada lagi best.

Syahdu..pemandangan yang cukup indah kala mentari baru nak munculkan diri


Indah..panorama sewaktu mentari perlahan-perlahan membenamkan diri


Eeewah..menghayati keindahan


Asyik kerja aje...sesekali pergilah bercuti . Tak perlu modal besar...dalam negara kita pun ada banyak tempat-tempat menarik, Nak tahu kat mana ?? Dengarlah rancangan Julia setiap hari Jumaat...Rehat Dan Relaks. Kalau dengar program tu memang teruja nak pergi bercuti. Kalau ada banyak "ongkos" apa salahnya menyeberang lautan, merentas sempadan. tapi saya bercuti dekat jer. Perjalanannya tak sampai dua jam, tapi cukup menyeronokkan..bukannya apa, saja nak bertukar angin. Nak tau kat mana,?? Tengoklah gambar-gambar ni. Best kan !!! Jom buat rombongan makcik kiah..

Sunday, December 16, 2007

Senandung Budaya

Penari-penari Maltra Sutra

Kumpulan Infinez (Gangstarz)


Pakistan mari dei.. (bhaiya species jugakkk)
Pada setiap hari minggu, DBKL dan Papita akan mengadakan program Senandung Budaya. Artis-artis baru dan lama diberi peluang mengadakan persembahan. Antara dj-dj KLfm yang sering diundang untuk menjadi MC/juruacara antaranya ialah DJ Hj Zullas3, Dj Pool, Dj Azlan, Dj Kzie, Dj MK, Dj Hezri dan kadang-kadang saya.. Pada kesempatan menjadi MC minggu lepas, seronok juga melihat persembahan Kumpulan Infinez, Kump Fedora, Razak Ahmad dan Alif (One In a Million). Persembahan tarian tradisional oleh Kumpulan Maltra Dancers menarik. Begitu juga tarian irama padang pasir (nari-nari) cukup memukau. Gelek dia orang tak berkelip mata memandang...tapi tak boleh lawanlah gelek kat Nourfarah. Heh..heh. Siapa lagi yang nak menghargai khazanah budaya kita ?? Sendri mau ingat !!

Sunday, December 9, 2007

Prema Oh Prema

Satelah menyumbang bakti ..akhirnya sampai ke hujungnya. Tiada lagi gelak ketawa..tiada lagi ramah-mesra..tiada lagi kedengaran suara diudara...Itu adalah hakikat. Selamat Bersara Prema. Gambar kenangan ketika meraikan persaraan Prem di perkarangn Saloma Restoran pada 17.Nov.2007. Prema yang saya kenal memang sentiasa suka..bertahun saya bekerja bersama..tak pernah tengok dia muram, duka atau kecewa. Itulah agaknya lagak seorang DJ. Sikapnya yang paling saya suka dia mudah tolong orang...Bersara bukan bermakna terhenti segalanya. tapi satu permulaan untuk hidup baru..dengar khabar bila dah bersara dia nak keliling dunia...memang boleh pun. Rasanya bila dah bersara..pasti dia ada peluang untuk buat kerja yang lain. Cuma hendak atau tak nak je. Tepuk dada tanya selera. Apapun Prema, We Are Friends For Forever..

Thursday, December 6, 2007

Sebagai DJ


Inilah kerjaya dari dulu, kini tapi akan datang tak tahu lagi. Bertugas di konti adalah masa yang paling menggembirakan. Saya suka bila diudara. Disini saya dapat bergurau, menghayati muzik sepenuhnya, terasa dekat sangat dengan pendengar dan memberi apa yang perlu..ceria..itu sudah pasti. Ini sangat baik untuk terapi diri. Empat jam tu rasa cepat sangat. Mengejar glamor ?? Oh, tidak pernah singgah dalam hidup saya. tapi bila kebetulan saya dikenali, itu saya anggap adalah satu bonus sahaja.. Tugas ini tanggung-jawabnya besar. Pendengarnya ramai dari berbagai lapisan pemikiran. Boleh "entertain" semua ke ?? Mustahil...tapi saya mencuba yang terbaik. Kena selalu dalam keadaan bersedia. Bukan senang nak berikan jiwa pada tugas ini... ..menghayati apa di sekeliling dan kongsi bersama pendengar. Yang penting mesti buat "homework"..Sedikit kesilapan sewaktu diudara akan jadi sebutan..