Friday, January 11, 2008

Tahun Baru 2008 dan Maal Hijrah 1429

Tahun datang dan pergi. Syukur alhamdulillah sepanjang tahun 2007 semua program berjalan lancar. Ralatnya kerana tidak berjaya merebut Anugerah Angkasapuri. Dari KLfm saya dan Dj Hezri dicalonkan tetapi kemenangan berpihak kepada Muzikfm. Tahniah Dj Hana. Permulaan tahun baru 2008..Pelancaran Skuad KLfm yang dipertanggung-jawabkan untuk memberi laporan trafik yang berkesan selain daripada menyelongkar info-info yang lain. Pelancarannya meriah juga berlangsung di Auditorium P.Ramlee pada 9hb Januari 2008 yang turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KLfm. Seingat saya tahun lalu semasa nak menyambut Maal Hijrah saya bertugas dikonti mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun oleh Ustaz Ahmad Husni. Tahun ni saya juga bertugas dalam keadaan yang sama..sungguh. cepat sangat masa berlalu. RTM juga mencatat sejarah yang tersendiri apabila Presiden Indonesia membuat kunjungan ke RTM pada 11hb.01.2008 sempena lawatan kerjanya selama tiga hari ke Malaysia. Beliau turut dihiburkan dengan Konsert Setiakawan yang membariskan penyanyi-penyanyi dari Malaysia dan Indonesia siaran langsung dari Auditorium Perdana. Walaupun hanya baru beberapa hari melangkah dalam tahun baru dah macam2 peristiwa. Terima kasih atas ucapan,ingatan dan sokongan daripada sahabat-sahabat dan pendengar -pendengar KLfm. Selamat Tahun baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429 kepada semua. Jadikan pengalaman lalu sebagai guru yang terbaik untuk belajar dari kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan.