Sunday, June 15, 2008

Cukup Sampai Disini.....

hai..


30hb May.2008 adalah hari terakhir saya bertugas di KLfm. Sesuailah dengan segmennya iaitu Kenangan lalu Kuala Lumpur. Salah satu segmen kegemaran saya. Memang lagu-lagu yang saya pilih pada petang itu adalah khusus untuk semua pendengar setia . Sampaikan ada yang menghubungi minta saya rakamkan semua lagu-lagu tersebut. Ada kelainannya bertugas pada hari itu. Walaupun pada mulanya saya ok dapat menahan gelora didada...tetapi getaran nada dapat dirasa ada sebak yang melanda. mana tidaknya. 11 tahun di Klfm banyak pengalaman yang telah saya perlolehi, suka duka yang telah saya alami. Pendengar-pendengar dan sahabat ada yang telah saya jumpa dan ada yang hanya diketahui menerusi nama dan suara sahaja. Itu sebenarnya tidak penting kerana yang pastinya KLfm telah membuatkan saya rasa dekat dengan semua. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat2 dan pendengar2 Klfm yang menerima saya seadanya, saya memohon maaf atas segala ketelanjuran bicara dan mungkin atas silap salah saya sewaktu bersama-sama. Untuk kawan-kawan di Klfm..semestinya saya akan 'rindu' kemesraan semua. Insyaallah mungkin pada satu hari nanti kita akan bersua meskipun dalam suasana yang berbeza...