Tuesday, November 27, 2007

Pertandingan Bintang Kecil 2007

Lahirnya seorang bintang
Tumpang bangga

Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Auditorium P.Ramlee Kuching, Sarawak pada 24 November 2007 menyaksikan kejayaan Adik Puteri Aszfaryna Khareeza Bt Aris sebagai Johan dengan mengalahkan 8 orang peserta lain. Umur nya baru 9 tahun tapi suaranya "hebat". Dia ni bersekolah di Sek.Keb.Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Memang adik ini berbakat dan ada pakej untuk jadi bintang. Saya suka dengan telatahnya..manja dan kuat ketawa...mudah2an bintangnya akan terus bersinar. RAKAMAN SIARAN INI DAPAT DITONTON PADA HARI AHAD ,16 DISEMBER 2007, PUKUL 3.05 MENERUSI RTM 1.


Sewaktu ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia siaran langsung dari Kuching, Sarawak.
oleh pengacara popular Hj Khalid.