Thursday, December 6, 2007

Sebagai DJ


Inilah kerjaya dari dulu, kini tapi akan datang tak tahu lagi. Bertugas di konti adalah masa yang paling menggembirakan. Saya suka bila diudara. Disini saya dapat bergurau, menghayati muzik sepenuhnya, terasa dekat sangat dengan pendengar dan memberi apa yang perlu..ceria..itu sudah pasti. Ini sangat baik untuk terapi diri. Empat jam tu rasa cepat sangat. Mengejar glamor ?? Oh, tidak pernah singgah dalam hidup saya. tapi bila kebetulan saya dikenali, itu saya anggap adalah satu bonus sahaja.. Tugas ini tanggung-jawabnya besar. Pendengarnya ramai dari berbagai lapisan pemikiran. Boleh "entertain" semua ke ?? Mustahil...tapi saya mencuba yang terbaik. Kena selalu dalam keadaan bersedia. Bukan senang nak berikan jiwa pada tugas ini... ..menghayati apa di sekeliling dan kongsi bersama pendengar. Yang penting mesti buat "homework"..Sedikit kesilapan sewaktu diudara akan jadi sebutan..