Sunday, December 30, 2007

Alahai Ezan

pada hari pernikahan

Dj Izan

Dj Remy (Paparay, Dj Azlan Omar (Pakmat Tempe), Dj Izan dan Dj Azizah

Hal sana. hal sini. Minggu lalu memang banyak sangat perkaranya. Benda yang dirancang awalpun tak dapat dipenuhi. paling ralat...majlis kahwin Ezan lah. Semasa majlis kahwin tu memang tak dapat datang...cuti-cuti Malaysialah pulak. Janji nak pegi majlis akad nikah dia kat Masjid Kuala Lumpur.. pun tak dapat jugak.. kena jadi MC kat tempat lain. Berjanji lagi dengan Ewan (kini suaminya.) nak datang rumah pengantin lelaki kat Sg Buloh...pun tak tertunai juga. Kali ni kena bertugas kat Karnival Gegar di Putrajaya. Majlis kahwin Mimie dan Julia yang jauh pun boleh saya sampai. Betullah..kalau dah tak ada rezeki..rancang macammana pun tak menjadi. Ralatnya kerana Ezan tu kan "doublebanking" dengan saya. Banyak cerita yang kami kongsi bersama.. seronok...kira anak didiklah tu . Pengalaman sewaktu dia "double banking" yang tak boleh lupa, hari pertama saya lepaskan dia bercakap diudara, habis aje dia bercakap terus boss besar talipon dengan nada gak serius jugak, "fauziah kenapa u benarkan dia on air, kenapa dia bercakap macam tu..tak boleh lagi tu..tak leh. Terpaku dan terkedu kejap. Lama jugak lah termenung lepas tu. heh..heh..sorry Zan. Bila dah pandai lawan tokey pulak. Selamat Pengantin Baru Dj Ezan.