Tuesday, April 1, 2008

Program Pembangunan Modal Insan - 29/03/2008


Berat mata memandang berat lagi badan yang menanggung.Tak ada airmata yang tidak menitis melihat kesengsaraan mereka..Kepada anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaganya,mereka terpilih untuk melalui ujian ini. Kepadamu kami berpesan,
Sesungguhnya Tuhan tidak turunkan ujian kepada kita jika DIA tidak sertakan kekuatan untuk kita menanggung ujian itu. jesteru jagn terlalu kecewa dengan masalah hari ini walaupun perit hingga kita lupa kebahagiaan hari esok. Bersabarlah kerana Tuhan sudah sediakan "bahagia" untuk kita sebagai hadiah dari ketabahan hari ini. salah satu drpd mural yang dilukis bertemakan hidupan laut

Pelajar-pelajar daripada Art And Design. Mereka inilah yang bertanggung-jawab mengecat dan menceriakan suasana dalam Rumah Sayangku dengan mural yang dilukis. Cukup kreatif dan halus hasil kerja seninya. Dinding yang pada mulanya tiada apa-apa menjadi ceria dengan lukisan mereka. Memang setiap kita dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tahniah dan Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama semua.

Persembahan adik-adik oku ni tak kurang menariknya. Dia orang pun boleh menyanyi dan menari tetapi dengan cara sendirilah.. Pantang ajak naik ke pentas..beronggenglah dia. nampak gaya kalah persembahan artis undangan. tumpuan lebih kepada dia orang dari penyanyi jemputan. Power tu..


Eewahh..The Girls

Kumpulan The Girls mantap dengan persembahan mereka, disamping berjaya beramah mesra bersama penghuni OKU. Begitu juga dengan penyanyi baru Rashid. Adik-adik OKU pun naik kepentas mengiring persembahan. mereka nampaknya cukup enjoy dan terhibur.


Ahli Parlimen Kuala Langat dan Ahli Dewan Undangan Kuala Langat antara tetamu vip yang turut hadir. Yang berbaju warna putih tu Tn Hj Shafie B Ahmad Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media yang turut menyampaikan ucapan penutup .


hi kawan-kawan...

Akhirnya program Pembangunan Modal Insan Bersama OKU berakhir dengan meriahnya di PDK Rumah Sayangku di Kuala Langat. Letihnya memang tak boleh nak cerita. Tapi seronok dapat mencapai melebihi daripada sasaran. Inilah barisan kawan-kawan yang bersama-sama menjayakan program ini. Melihat kepada kecacatan adik-adik ini memang menyentuh hati dan cukup untuk meraih simpati kita. Betapa sukar dan tabahnya mereka meniti hari yang tidak pasti apa kesudahannya.