Monday, April 28, 2008

Kenangan Lalu Kuala Lumpur

phewittttt

Suara Dato masih power

Saya enjoy sangat duty time ni. Dapat kongsi kembali lagu-lagu yang pernah menjadi nostalgia bersama pendengar setia. Cuma pengisian program petang agak padat.Macam-macam nak disampaikan...Letih...Lagu Petula Clark "Kiss Me Goodbye' pernah saya dengar zaman sekolah . Begitu juga nyanyian Bee Gees "First Of May". Tak sah KLKL kalau tak ada lagu Dato Ahmad Jais. Lagu Gelisah antara lagu popular nyanyian beliau. Suara Dato Sharifah Aini memang memukau. Saya tak pernah lepas mainkan lagu-lagunya. Lagu Aku, Dia dan Lagu pernah saya nyanyikan di Taman Tasik Perdana. Itulah pertama dan terakhir 'live" dipentas. . Sumbang..........Apapun saya amat seronok bila segmen ini menjadi pilihan ramai. Antara dj-dj yang kendalikan Kenangan Lalu Kuala Lumpur antaranya Zullas3, Azlan Omar, Azizah Sulaiman dan Nik Aidawati . Pada kesempatan berjumpa dengan penyanyi evergreen Dato Ahmad Jais, sempatlah posing . Jom layannnnnn KLKL.........yeah Kak Posh

Sunday, April 27, 2008

Senandung Budaya Lagi

Chewahhh...konon nak join sama
Maltra Dancers
Bersama Kump Starduzz

Mus (Kump May), Kump Starduzz, Pija & Dato Ahmad Jais

Ahad, 27/04/2008 kali ini bertempat di Taman Metropolitan Kepong. Tak sangka ramai pengunjungnya . Ada tempat main layang-layang rupanya. .Macam-macam riadah ada. ..jogging, berbasikal, main badminton, memancing..patutlah seronok. Saya pun pertama kali sampai ke sini. Sambil jadi MC nampaklah macam-macam jenis dan warna layang-layang diudara. Memang cantik dan cukup santai. Artis-artis minggu ni pun hebat juga. Turut mengadkan show ialah Kumpulan Starduzz (Rentak Juara), Pija (Mentor), Dina (Malaysian Idol) dan penyanyi pujaan ramai Dato Ahmad Jais . Kira berbaloi lah dia orang tengok. Ada masa tu datanglah kat sini. Best !!!

Sunday, April 20, 2008

Sebagai Juruacara


Tugas sebagai juruacara pun tak kurang cabarannya. apalagi kalau majlis tu berprotokol. Apa tidaknya... kelancaran majlis dibawah tanggung-jawab kita. saya juga dah banyak kali diberi tanggung-jawab menjadi juruacara bermula dari Majlis DiRaja sampailah ke majlis-majlis perkahwinan dan hiburan. Seronoknya apabila pihak penganjur dan tuan rumah berpuas hati dengan dengan apa yang diberikan. Minggu lepas saya bersama Hj Zullas3 di Dewan Tun Rahah di Bukit Bintang menjayakan majlis perkahwinan Hafidz dan Sheemi Mayanti anakanda kepada pasangan Kmd(b) Hj Zainal dan Pn Halijah. Majlis penuh beradat ini alhamdulillah berakhir dengan sempurna dengan joget lambak penutupnya. Fuyoooo Hj Zullas3 joget sakan.

Tuesday, April 1, 2008

Program Pembangunan Modal Insan - 29/03/2008


Berat mata memandang berat lagi badan yang menanggung.Tak ada airmata yang tidak menitis melihat kesengsaraan mereka..Kepada anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa dan penjaganya,mereka terpilih untuk melalui ujian ini. Kepadamu kami berpesan,
Sesungguhnya Tuhan tidak turunkan ujian kepada kita jika DIA tidak sertakan kekuatan untuk kita menanggung ujian itu. jesteru jagn terlalu kecewa dengan masalah hari ini walaupun perit hingga kita lupa kebahagiaan hari esok. Bersabarlah kerana Tuhan sudah sediakan "bahagia" untuk kita sebagai hadiah dari ketabahan hari ini. salah satu drpd mural yang dilukis bertemakan hidupan laut

Pelajar-pelajar daripada Art And Design. Mereka inilah yang bertanggung-jawab mengecat dan menceriakan suasana dalam Rumah Sayangku dengan mural yang dilukis. Cukup kreatif dan halus hasil kerja seninya. Dinding yang pada mulanya tiada apa-apa menjadi ceria dengan lukisan mereka. Memang setiap kita dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tahniah dan Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama semua.

Persembahan adik-adik oku ni tak kurang menariknya. Dia orang pun boleh menyanyi dan menari tetapi dengan cara sendirilah.. Pantang ajak naik ke pentas..beronggenglah dia. nampak gaya kalah persembahan artis undangan. tumpuan lebih kepada dia orang dari penyanyi jemputan. Power tu..


Eewahh..The Girls

Kumpulan The Girls mantap dengan persembahan mereka, disamping berjaya beramah mesra bersama penghuni OKU. Begitu juga dengan penyanyi baru Rashid. Adik-adik OKU pun naik kepentas mengiring persembahan. mereka nampaknya cukup enjoy dan terhibur.


Ahli Parlimen Kuala Langat dan Ahli Dewan Undangan Kuala Langat antara tetamu vip yang turut hadir. Yang berbaju warna putih tu Tn Hj Shafie B Ahmad Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media yang turut menyampaikan ucapan penutup .


hi kawan-kawan...

Akhirnya program Pembangunan Modal Insan Bersama OKU berakhir dengan meriahnya di PDK Rumah Sayangku di Kuala Langat. Letihnya memang tak boleh nak cerita. Tapi seronok dapat mencapai melebihi daripada sasaran. Inilah barisan kawan-kawan yang bersama-sama menjayakan program ini. Melihat kepada kecacatan adik-adik ini memang menyentuh hati dan cukup untuk meraih simpati kita. Betapa sukar dan tabahnya mereka meniti hari yang tidak pasti apa kesudahannya.

Monday, March 24, 2008

Gotong Royong Bermula - 22hb.March 2008

Hasilnya.... asalnya dari dinding yg kusam dan tiada apa-apa
Mural berbeza dilukis dalam bilik yang sama.. Cayalah Rairol

Acah aje tu. tolong sikit2 jer


Wah...Hasif dan Sayuti. Lukisan yang hampir siap

Tahniah..hasil yang menceriakan


Dengan menaiki bas, kami sampai di PDK Rumah Sayangku di Kuala langat yang menempatkan lebih kurang 50 insan istimewa. Saya ditugaskan membersih dan menukar wajah bilik kognitif iaitu bilik dimana insan-insan istimewa ini menjalani latihan fisioterapi. Bilik ini pada awal memang agak suram, serabut dan tidak bermaya. Dengan bantuan pelajar-pelajar ART & DESIGN UiTM bilik ini telah dicat dengan warna-warna ceria dan dilukis dengan hasil idea mereka yang kreatif lalu menghasikan suasana yang ceria. Adik-adik ni memang kreatif dan kelakar. Seronok bekerjasama dengan mereka, dari pagi sampai petang tak terasa masa berlalu. Terima kasih Munir, Rairol, Hasif, Sayuti dan Anuar. Kalau ada yang nak lukis dinding (mural) khusus untuk bilik anak-anak atau dinding rumh bolehlah calling-calling kat dia orang nih.

Friday, March 21, 2008

Jom Bergambar 2008

huh..Cikgu Shukri tengah control ensem

manis senyummu ..yg pakai baju berjalur mungkin bujang kot ??

jangan dekat, telah ada sempadan

hoi zura..jerit apa tu ??
Aduhai kawan-kawan apa citer...kerja tak siap lagi, ., posing yang lebih. Apapun inilah geng yang
selalu buat hiruk pikuk. memang terhibur dengan telatah dia orang. Tetapi ada harinya kadang-kadang terbakar jugak. Almaklumlah.. bila 'tension' bercampur dengan 'beban' memang boleh meletup dibuatnya. Yang tinggi lampai berbaju kuning dan kot hitam. Handsome gak tu..ibarat adik manja...selalu mencurah perasaan. Dikalangan kawan-kawan nih ada yang masih bujang. Cuba teka yang mana satu ?? Kemesraan ini takkan dirasa lagi bila sudah tidak berjumpa nanti...

Thursday, March 20, 2008

Program Pembangunan Modal Insan - Siri 1

Inilah barisan yang akan menjayakan Program Pembangunan Modal Insan bersama OKU di Teluk Panglima Garang pada 29hb. March.2008. Memang susah pada mulanya nak buat sesuatu dengaan ZERO BUDGET. Nak pungut dermalah cabaran yang paling menggetarkan. Tetapi demimu wahai warga istimewa (orang kurang upaya) kami gagahkan juga. Alhamdulillah..dengan pembahagian tugas-tugas yang dapat dilaksanakan oleh kawan-kawan ni, tak sabar pulak menantikan tarikh tersebut nak tengok hasilnya. Kepada kawan-kawan yang telah tolong tingkatkan hasil kutipan sehingga melebihi jangkaan terima kasih banyak-banyak...budimu jadi kenangan. Sekalung penghargaan kepada :- Dr.Abd Muin bin Ishak, Mr Ho, Hj Sallehudin Hj Ramlan, Mustafa Kamal Abd Razak, Azlan Ahmad, Nassier Wahab, Eddie Hamid, , Nozi Othman, Manaf Ibrahim, Azizah Sulaiman, Nazirah, Norhabibullah Abu Bakar, Nine Umbrella, Herman, Azie, Hezri Selamat dan Dave. Tidak lupa juga kepada En.Ahmad dari Warisan Borong atas sumbangan untuk progam OKU ini. Kepada semua TERIMA KASIH DAUN KELADI...TIADA KATA SECANTIK BAHASA, NAK KU PUJI ADINDA (quote lagu P.Ramlee)